Wednesday, July 22, 2015

11 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Memulakan Bisnes Sendiri

Oleh Adly Mukhtar, Pada 17 December, 2013
Setiap usahawan mempunyai pengalaman tersendiri dalam menelusuri dunia bisnes via kross_edd Flickr
Setiap usahawan mempunyai pengalaman bisnes yang tersendiri via kross_edd Flickr
Jika anda membaca mengenai sejarah ringkas perjalanan saya sebagai seorang usahawan pada halaman ‘tentang’ blog ini, maka anda mengetahui banyak perkara yang telah saya tempuhi untuk berada dimana saya berada hari ini.
Kesilapan dan kerugian adalah perkara biasa di dalam dunia keusahawanan. Sebagai orang yang belajar ilmu perniagaan secara tidak formal, saya belajar mengenai dunia perniagaan dengan cara yang amat sukar. Saya telah melakukan pelabagai kesilapan yang mana kadang-kadang terpaksa memperjudikan nilai persahabatan, kekeluargaan dan pelbagai perkara yang mahal nilainya.
Ketika itulah mula terdetik di dalam hati, “kalaulah aku tahu benda ni akan jadi macam ni…“. Tetapi semuanya telah terlambat, apa yang saya perolehi adalah satu pengalaman yang mahal harganya sebagai tauladan dan sempadan untuk masa akan datang.
Jadi di dalam entri ini saya ingin kongsikan 11 perkara penting berdasarkan pengalaman yang telah saya lalui agar kita sama-sama dapat belajar khususnya kepada mereka yang baru ingin memulakan perniagaan sendiri.

#1 – Tindakan Lebih Penting Dari Ilmu Perniagaan!

Jika anda membaca kisah para usahawan yang berjaya, majoriti daripada mereka terdiri daripada mereka yang suka bertindak. Apabila mereka mempelajari sesuatu ilmu baru, mereka terus mempraktikkan ilmu tersebut. Itulah yang membezakan kenapa mereka berjaya dan kenapa sesetengah yang lain masih lagi ditakuk lama.
Berapa banyak dalam masyarakat kita hari ini mempunyai kesedaran untuk memulakan perniagaan sendiri. Telah hadir pelbagai jenis seminar perniagaan, telah membaca pelbagai jenis buku berkaitan dunia bisnes, telah menonton pelbagai rancangan bisnes tetapi masih tidak mengambil sebarang tindakan.
Tindakan itu kuasa!
Azizi Ali, Jutawan Hartanah
Akhirnya, bolehkah ilmu-ilmu tersebut menjadikan anda seorang usahawan berjaya tanpa sebarang tindakan? Ilmu itu penting, tetapi tindakan mempraktikkan apa yang telah diketahui itu lebih penting.

#2 – Jangan Hilang Fokus Terhadap Apa Yang Diusahakan

Setiap perniagaan yang ingin berkembang bukan sahaja perlukan modal kewangan sahaja tetapi ia juga perlukan modal tenaga, idea, kreativiti, masa dan sebagainya. Oleh itu, ramai usahawan berjaya menyarankan agar kita tidak mengerjakan beberapa perniagaan serentak di dalam satu-satu masa kerana kita mempunyai limitasi terhadap perkara-perkara tersebut.
Ketika kita asyik mengusahakan sesuatu perniagaan, maka tidak semena-mena banyak sekali peluang perniagaan lain yang nampak meyakinkan dan menguntungkan muncul. Sebelum ini tidak pernah pula kita melihat peluang keemasan sebegini!
Kita jangan terpengaruh dengan peluang yang cuba mengalih fokus kita via Google Images.
Kita jangan terpengaruh dengan peluang yang cuba mengalih fokus kita via Google Images.
Sebenarnya itu salah satu cabaran dan dugaan terhadap usahawan baru seperti kita. Banyak peluang-peluang sebegini cuba mengalihkan fokus kita dalam mengerjakan perniagaan utama kita. Jadi abaikan sahaja peluang tersebut.
Fokus kepada perniagaan kita sekarang dan sentiasa katakan kepada diri sendiri bahawa perniagaan yang kita sedang usahakan sekarang adalah yang terbaik.
Saya teringat pesanan Dato Syed Zainal di Konvensyen Usahawan Muslim 2013.
Saudara, saya telah lihat ramai peniaga Melayu gagal kerana hilang fokus. Apabila mereka berjaya menjual kuih pau dan menjadi jutawan mungkin, maka mereka merasa diri sangat hebat. Akulah hebat, akulah jutawan!
Maka mereka beranggapan, mudah untuk mereka berjaya di dalam perniagaan lain. Maka mereka masuk buka pula perniagaan perabot. Selepas itu, mereka gagal kerana demografi dan ilmu bisnes sesuatu perniagaan itu tidak sama.
Akhirnya, perniagaan kuih pau entah ke mana, perniagaan perabot entah ke mana.
Dato Syed Zainal, Mantan CEO Proton
Fokus kepada perniagaan yang kita usahakan sehingga benar-benar matang dan stabil sebelum membuat keputusan untuk menceburi bidang perniagaan lain. Jangan jadi seperti pepatah Melayu, “yang dikejar tidak dapat, yang dikendong berciciran“.

#3 – Ubah Mindset Mengenai Kejayaan Perniagaan

Saya mula menjalankan perniagaan pada usia 16 tahun, jadi erti kejayaan dari sudut pandangan saya tersangatlah naif. Pada mulanya, saya berpendapat seseorang itu dikategorikan berjaya di dalam bisnes apabila beliau dapat memandu kereta mewah, memiliki rumah yang besar, memakai pakaian berjenama mahal dan pelbagai simbol kejayaan palsu lain.
Salah satu kesilapan yang banyak dilakukan oleh orang-orang yang baru menceburi dunia bisnes adalah tindakan membeli benda-benda yang berfungsi sebagai bukti palsu kejayaan.
Tingkah laku membeli simbol-simbol duit dilakukan oleh individu yang tidak memiliki banyak duit. Motif mereka adalah mahu menunjukkan mereka kononnya mempunyai banyak duit, lalu mereka membeli benda-benda yang mereka tidak mampu memilikinya.
Puan Ainon Mohd, Chairman Kumpulan PTS
Sehinggalah saya mula bertemu sekelompok usahawan yang mempunyai perniagaan bernilai jutaan malahan puluhan juta ringgit tetapi tidak memiliki sebarang simbol kejayaan seperti yang difahami sebelum ini. Mereka hanya memandu kereta biasa dan memakai pakaian jenama biasa.
Mereka berpendapat, kejayaan sebenar sesuatu perniagaan diukur berdasarkan berapakah jualan dan keuntungan tahunan syarikat, berapakah jumlah pekerja yang ada, berapa nilai aset syarikat dan sebagainya.
Puan Ainon Mohd, pengasas Kumpulan PTS bersama suami, pasangan jutawan yang cukup sederhana via Ainon Mohd Facebook.
Pasangan jutawan yang sederhana, pengasas Kumpulan PTS via Ainon Mohd Facebook.
Barulah persepsi saya terhadap kejayaan lebih meluas. Sangat bahaya apabila seseorang usahawan memberi tafsiran yang salah dan sempit terhadap erti kejayaan di dalam bisnes. Ia akan membuatkan kita cenderung berusaha ke arah yang salah.
Berapa ramai dari kalangan usahawan Melayu yang menggunakan duit keuntungan perniagaan untuk membeli kereta mewah untuk buktikan kepada orang sekeliling bahawa  mereka telah berjaya, sedangkan perniagaan mereka baru hendak meningkat naik.
Duit tersebut sepatutnya digunakan untuk perkara yang lebih penting seperti membesarkan perniagaan dan syarikat. Ini adalah akibat dan kesan memahami definisi kejayaan yang salah.
Dalam kes yang lainya, saya masih teringat seorang sahabat berlumba-lumba membuka beberapa buah syarikat dan anak syarikat kerana bagi beliau erti kejayaan itu berada pada berapa bilangan syarikat. Beliau sangat gah apabila berbicara dengan menceritakan beliau memiliki berbelas-belas buah syarikat. Hakikatnya sebahagian besar syarikat beliau tidak aktif pun!

#4 – Mengurus Kewangan Syarikat Dengan Penuh Disiplin

Kita seringkali mendengar bahawa kegagalan perniagaan orang Melayu disebabkan mereka gagal menguruskan kewangan dengan baik. Memang benar, perniagaan saya sendiri pada awalnya gagal bukan kerana produk tidak bagus atau jualan yang merosot tetapi oleh kerana saya mengabaikan pengurusan kewangan syarikat.
Entah mengapa, pengurusan kewangan seolah-olah sesuatu yang tidak penting di dalam masyarakat Melayu. Kita tidak pernah mencatat berapakah perbelanjaan harian kita, dari manakah pendapatan kita dan kemanakah duit kita dibelanjakan. Jadi apabila sang Melayu ini mula berniaga, maka jauh sekali dia akan praktikan pengurusan kewangan terhadap perniagaanya!
Usahawan perlu melatih diri untuk mula mengurus kewangan dengan baik via Google Images.
Usahawan perlu melatih diri untuk mula mengurus kewangan dengan baik via Google Images.
Saya mula memandang serius mengenai pengurusan kewangan apabila saya menubuhkan syarikat Sdn. Bhd. Pada mulanya semuanya dilakukan kerana terpaksa disebabkan syarikat Sdn. Bhd. wajib menghantar laporan audit setiap tahun. Pun begitu bagi seorang Melayu, saya tidak nampak rasional kepentingan pengurusan kewangan yang baik ini terhadap pembangunan syarikat.
Lama-kelamaan barulah saya sedar bahawa kebocoran dan ketirisan wang syarikat dapat diatasi apabila kita mencatat setiap sen duit yang masuk dan keluar. Daripada maklumat duit masuk dan keluar tersebutlah kita boleh merancang dan mengawal perbelanjaan ke arah yang lebih baik. Jika kita hanya ingat-ingat dalam kepala, maka kita sebagai pengarah sentiasa cenderung untuk berbelanja secara boros tidak bertempat!
Catatlah perbelanjaan kita walaupun sekecil-kecil perbelanjaan seperti membeli gula-gula 30 sen. Kerana dari situ ia akan melatih sikap untuk berdisiplin dalam mengurus kewangan.
Jadi apabila kita beridisplin menguruskan perbelanjaan kecil maka tiada masalah untuk kita menguruskan angka-angka besar.
Cikgu Idris, Pengetua Akademi Usahawan
Sekarang, apabila saya membeli gula-gula 30 sen pun mesti mengambil dan simpan resit! Saya nasihatkan agar anda mulakanlah audit kewangan syarikat sekarang walaupun syarikat anda masih lagi kecil agar anda tidak menghadapi sebarang masalah apabila syarikat telah besar.

#5 – Jangan Kecilkan Skop Rakan Kongsi

Saya bersyukur kerana telah dikurniakan rakan kongsi yang tepat untuk syarikat Flarebiz Network Sdn. Bhd. dan beberapa perniagaan saya yang lain. Rakan kongsi yang baik dan tepat menjanjikan kelangsungan bisnes yang berterusan.
Di saat kita ingin memulakan sesuatu perniagaan, kita cukup teruja untuk mempunyai rakan kongsi di dalam bisnes. Kita berpendapat apabila mempunyai rakan kongsi, semuanya boleh dikongsi bersama terutamanya dari segi permasalahan syarikat. Tetapi tanpa ilmu dan pengalaman yang secukupnya, memiliki rakan kongsi sentiasa membawa kepada permasalahan.
Terdapat banyak idealogi dan pendapat orang bisnes terhadap rakan kongsi. Salah satunya, orang bisnes berpendapat rakan kongsi perlulah saling melengkapi di antara satu sama lain.
Sebagai contoh, jika kita merupakan orang yang menghasilkan produk, maka kita mencari rakan kongsi di bahagian pemasaran. Jika kita merupakan pengusaha, maka cari rakan kongsi yang boleh menjadi pemodal. Maka itu telah melengkapi di antara satu sama lain untuk pergi lebih jauh.
Jangan sempitkan maksud rakan kongsi di dalam keusahawanan via Google Images.
Jangan sempitkan maksud rakan kongsi di dalam keusahawanan via Google Images.
Saya sangat bersetuju dengan pendapat tersebut. Tetapi ada perkara yang lebih penting dalam mencari rakan kongsi ialah mengenai sikap. Kita perlu mencari rakan kongsi yang mempunyai sikap yang positif dan bagus untuk perkembangan syarikat kita. Bagi saya kemahiran boleh dilatih tetapi sikap amat sukar untuk dibentuk.
Apa gunanya mempunyai rakan kongsi yang sangat mahir di dalam sesuatu bidang tetapi mempunyai sikap yang terlalu pentingkan diri sendiri, tidak boleh menerima pendapat orang lain, tidak amanah dan sebagainya.
Usahawan yang mempunyai pemikiran kelas dunia tidak akan melakukan semua perkara sendiri. Mereka akan bekerjasama dengan orang lain untuk merealisasikan misi dan visi yang telah ditetapkan.
Haji Mahyudin, Mantan Pengarah Sumber Manusia Kimberly-Clark
Ketika saya belajar mengenai ‘world-class leadership best practice‘ di SME@University, barulah saya nampak kepelbagaian kerjasama yang boleh dibentuk di dalam perniagaan.
Sebagai contoh, apabila kita menghasilkan kek sendiri, kita boleh lantik syarikat lain untuk menjadi pengedar bagi kek kita. Itu juga boleh dikategorikan sebagai rakan kongsi. Kita boleh mengupah syarikat lain untuk buat pembungkusan kek kita, itu juga boleh dikategorikan sebagai rakan kongsi.

#6 – Setiap Perkara Mesti Ada Hitam & Putih

Setiap perbincangan, perjanjian atau persetujuan yang termenterai di dalam perniagaan perlulah disertakan secara bertulis. Jadikan catatan bertulis sebagai satu amalan kerana jika kita hanya bergantung kepada persetujuan lisan akan menimbulkan banyak masalah pada masa akan datang.
Walaupun rakan baik anda sendiri sebagai rakan kongsi perniagaan, semuanya tetap perlu dilakukan secara bertulis, ada hitam dan putihnya. Semua perkara perlu dibincangkan dari awal agar tiada perkara berbangkit dikemudian hari, ketika perniagaan yang kita usahakan sudah berjalan dengan baik.
Jangan hanya berbincang perkara yang seronok sahaja dengan rakan bisnes, andaikan juga perkara yang tidak seronok akan berlaku. Bincangkan berapakah keuntungan yang setiap dari anda bakal perolehi, berapa pula nilai dari segi ekuiti di dalam syarikat, bagaimana jika projek ini tidak mencapai keuntungan bagi tempoh yang ditetapkan, bagaimana jika salah seorang ingin menarik diri dan sebagainya.
Semua perbincangan, perjanjian dan persetujuan perlulah disertakan dengan bukti bertulis via Google Images.
Semua perbincangan & perjanjian disertakan dengan bukti bertulis via Google Images.
Sebagai rakan kongsi, semuanya perlu dibincangkan secara terbuka dengan mengetepikan status peribadi seperti seorang kawan atau ahli keluarga. Orang Melayu sangat sopan santun tidak mahu berdiskusi banyak perkara secara terbuka kerana risau bakal rakan kongsi terasa hati. Tetapi apabila terjadinya masalah di hari kemudian, semua sopan santun tersebut biasanya hilang entah ke mana.
Jadi, walaupun anda mengenali rakan bisnes anda dengan baik sebelum ini,  apabila melibatkan soal perniagaan, semuanya perlu dibincangkan serta catatkan segala perbincangan di dalam bentuk bertulis untuk rujukkan kedua belah pihak. Percayalah, ini adalah untuk kebaikkan bersama.
Bukan itu sahaja, perlantikkan pekerja, perlantikkan agen dan apa sahaja yang berkaitan perniagaan dan syarikat perlulah dilakukan di dalam bentuk yang bertulis. Berapa banyak berlaku perselisihan faham di antara ahli syarikat sama ada rakan kongsi, pekerja dan sebagainya akibat tiada hitam dan putih sebagai rujukkan.
Saya pernah melalui situasi hendak memberhentikan pekerja tetapi bagaimana hendak memberhentikan pekerja andaikata surat perlantikkan pun kita tidak pernah keluarkan?

#7 – Pekerja Adalah Aset Bernilai

Saya cukup tidak senang apabila ada pihak yang cuba melaga-lagakan di antara majikan dengan pekerja dengan pelbagai frasa yang kurang enak untuk didengar.
Antara frasa keras yang kita selalu dengar, “sampai bila kau hendak kerja mengkayakan bos kau?“, “belum penatkah menjadi hamba kepada bos anda?“, “belajar tinggi-tinggi, akhirnya makan gaji dengan orang yang ada SPM jer?” dan sebagainya.
Your employees are your best asset. Happy employees make for happy customers.
Richard Branson, Chairman Virgin Group
Hakikatnya, majikan dan pekerja saling memerlukan. Tanpa pekerja, siapalah majikkan dan begitulah sebaliknya. Jadi mengapa kita hendak mendabik dada?
Pada era sekarang, semua majikan perlu sedar bahawa pekerja adalah aset mereka yang sangat bernilai. Malah tidak keterlaluan untuk kita menganggap pekerja kita sebagai rakan kongsi kerana merekalah yang menggerakkan syarikat kita. Saya sendiri sentiasa meletakkan diri saya sebagai pekerja, apa yang saya tidak suka diperlakukan oleh majikkan, maka saya tidak akan lakukannya kepada pekerja saya.
Gambar kenangan ketika bersama pasukan Yosh.my via Adly Flarebiz FB Page.
Gambar kenangan ketika bersama pasukan Yosh.my via Adly Flarebiz Facebook Page.
Saya juga percaya para pekerja juga wajar diberikan ganjaran dan pembangunan karier yang sewajarnya. Pekerja yang bagus dan berkelayakkan juga boleh diangkat menjadi rakan kongsi untuk perniagaan kita. Bagaimana kita melayan pekerja kita, begitulah mereka akan melayan kita.
Pekerja adalah aset yang perlu dibangunkan. Sebagai pemimpin yang mempunyai pemikiran kelas dunia kita ada dua tanggungjawab terhadap pekerja.
a. Kita wajib membantu mereka mencapai perestasi yang telah ditetapkan.
b. Kita wajib membantu membina karier mereka.
Ada sesetengah pekerja tidak akan selamanya bekerja dengan syarikat kita tetapi tanggungjawab di atas tetap perlu dilaksanakan.
Haji Mahyudin, Mantan Pengarah Sumber Manusia Nestle
Alhamdulillah, saya mempunyai rekod yang agak baik dengan semua pekerja saya setakat ini. Saya sentiasa menganggap mereka sebagai sebahagian keluarga saya dan walaupun kini sebahagian mereka tidak bekerja dengan saya lagi tetapi mereka sentiasa menghulurkan tangan apabila saya memerlukan bantuan.

#8 – Pemasaran Adalah Nadi Perniagaan

Saya adalah orang di dalam bidang pemasaran. Jadi saya berpendapat bahawa pemasaran adalah nadi perniagaan yang perlu diberikan perhatian serius oleh pemilik bisnes. Bagi saya pemasaranlah yang akan menentukan kejayaan syarikat anda dalam jangka masa pendek. Perkara-perkara lain seperti penjenamaan, pembahagian pasaran, kualiti produk dan sebagainya itu adalah faktor yang menentukan kejayaan untuk tempoh jangka panjang.
Oleh itu, anda perlu memiliki ilmu pemasaran yang secukupnya untuk mengemudi perniagaan dan syarikat anda pergi lebih jauh. Apa yang saya lihat syarikat Melayu terlalu takut untuk mengeluarkan bajet pengiklanan. Jika disebut RM20,000 atau RM100,000 sebulan untuk pemasaran dirasakan sangat tidak masuk akal!
Tetapi kalau beli kereta mewah berharga RM500,000 menggunakan duit syarikat, masuk akal pula! Tiada cara lain untuk kita bersaing di dalam pasaran terbuka sekarang melainkan dengan mengukuhkan cara dan teknik kita melakukan pemasaran. Oleh itu, anda perlu sentiasa belajar ilmu dan teknik pemasaran yang terkini agar dapat diadaptasi dalam menggerakkan perniagaan anda.
Walaupun anda memiliki produk yang paling bagus tetapi jika anda gagal untuk menjualnya, maka anda tetap orang yang gagal.
Donald Trump, Billionaire Amerika
Semakin besar bajet pemasaran kita, semakin besar capaian kempen kita kepada prospek. Secara tidak langsung, jualan dan penjenamaan perniagaan kita juga akan meningkat.
Walaupun syarikat dan perniagaan anda telah stabil dan mencatatkan jualan yang konsisten, jangan lupa untuk sentiasa wujudkan bajet pemasaran. Ini kerana bajet pemasaran seperti bajet pertahanan sesebuah negara. Walaupun sesuatu negara itu tidak berperang, mereka tetap perlu agihkan bajet pertahanan saban tahun untuk mengukuhkan pertahanan. Kadang-kadang kita melaburkan duit pemasaran hanya untuk mengukuhkan penjamaan kita di pasaran sahaja.
Nanti saya kongsikan pada entri akan datang bagaimana salah satu syarikat kecil yang saya berikan nasihat membelanjakan RM10,000-RM20,000 sebulan untuk pemasaran dan sekali gus meningkatkan jenama syarikat tersebut dengan cepat di dalam industrinya. Jualan pula mencecah 7 angka setahun.

#9 – Perlu Ada Mentor Perniagaan

Gambar kenangan ketika saya menuntut ilmu mengenai kepimpinan syarikat bersama Tuan Haji Mahyuddin.
Ketika menuntut ilmu mengenai kepimpinan syarikat bersama mentor, Tuan Haji Mahyudin.
Bagi saya sudah menjadi satu kewajipan untuk kita memiliki mentor atau penasihat bagi perniagaan kita. Dengan adanya mentor atau penasihat maka kita akan dapat menjana banyak idea untuk mengembangkan perniagaan yang kita usahakan ke tahap yang lebih baik dan kita juga dapat mengelakkan daripada melakukan kesilapan-kesilapan mudah.
Apabila saya ditimpa sebarang masalah sama ada dari segi model bisnes, pekerja, pemasaran dan apa sahaja aspek di dalam perniagaan, saya ada individu yang digelar mentor untuk saya ajukan permasalahan.
Oleh itu, carilah mentor yang bersesuaian dengan perniagaan yang anda ingin usahakan. Mentor tidak akan sesekali menyelesaikan masalah bagi pihak kita, sebaliknya mereka akan menunjukkan jalan kepada kita bagaimana hendak menyelesaikan masalah tersebut.
Setiap mentor mempunyai prinsip dan mazhab bisnes yang tersendiri. Oleh itu, jangan terikat dengan seorang mentor sahaja. Cari pelbagai mentor agar persepsi anda terhadap sesuatu perkara dan permasalahan lebih terbuka. Saya sendiri mempunyai beberapa orang mentor dan penasihat untuk perniagaan saya.
Kebanyakkan mereka adalah mentor yang tidak dikenali ramai tetapi nasihat mereka tersangatlah berharga seperti mutiara yang mahal harganya.

#10 – Perlukan Modal Yang Mencukupi Untuk Mengubah Dunia

Bagi mereka yang baru ingin memulakan perniagaan sendiri, saya sarankan agar mencuba model perniagaan yang lebih mudah untuk menghasilkan duit. Elakkan mencuba model perniagaan yang terlalu sukar atau menelan kos yang tinggi untuk direalisasikan.
Sebagai contoh model bisnes yang lebih mudah ialah anda mengambil baju kurung dari Vietnam dan menjual kembali di pasaran tempatan, anda menghasilkan produk digital dan menjualnya di pasaran internet, anda mengambil kasut daripada Brazil dan menjualnya melalui internet dan 1001 jenis perniagaan lagi.
Model bisnes sebegini lebih mudah kerana anda akan mendapat aliran wang tunai yang cepat. Berbeza dengan model bisnes yang bersifat inovatif atau millennium yang sedikit sukar. Apabila kita menghasilkan sesuatu produk, maka kita tidak terus menjana pendapatan daripada produk tersebut tetapi kita akan menjana pendapatan daripada perkara-perkara lain yang menjadi sampingan.
Contohnya bagaimana model bisnes Facebook? Facebook merupakan platform yang diberikan secara percuma kepada pengguna yang ingin bersosial di alam maya. Jadi bagaimana Facebook buat duit? Facebook akan buat duit melalui pengikalanan yang mereka perkenalkan. Tetapi sebelum memperkenalkan pengikalanan, mereka perlu menghidupkan platform percuma mereka terlebih dahulu.
Proses untuk menghidupkan platform tersebut menelan masa, kos dan komitmen yang sangat tinggi. Ini saya gelarkan model bisnes yang ingin mengubah dunia. Ia bersifat keuntungan jangka masa panjang. Rata-rata orang muda seperti saya lebih berminat model bisnes seperti ini tetapi tidak semua mampu untuk merealisasikan model bisnes ini kerana tiada modal yang mencukupi.
Salah satu projek mengubah dunia yang saya ketuai via Adly Flarebiz Facebook Page.
Salah satu projek mengubah dunia yang saya ketuai via Adly Flarebiz Facebook Page.
Sebagai contoh syarikat saya ada membangunkan platform perniagaan online berasaskan dropship iaitu Yosh.my. Sejak dua tahun lepas kami berbelanja sekitar RM20,000 setiap bulan untuk mengekalkan sistem tersebut. Tetapi Yosh.my masih belum memberikan pulangan yang menguntungkan kepada kami.
Malah dua bulan lepas kami telah membuat keputusan untuk melakukan sedikit perubahan dan sistem Yosh.my terpaksa ditutup pendaftarannya seketika. Di dalam proses melakukan perubahan ini, Yosh.my menelan belanja RM51,781.15 pada bulan Oktober 2013 dan RM19,071.86 pada bulan November 2013.
Jumlah terkumpul untuk dua bulan terakhir sahaja mencecah RM70,853.01 dengan keadaan Yosh.my memberikan pulangan sebanyak RM0.00 kepada saya!
Model bisnes sebegini sememangnya mencabar kerana saya menggunakan 100% wang peribadi. Tetapi jika anda menggunakan wang pemodal rasanya lebih mudah untuk merealisasikan model bisnes sebegini. Pokoknya, modal mesti cukup. Jika tiada modal secukupnya, jangan cuba-cuba dengan model bisnes ini!

#11 – Kejayaan Tidak Datang Dengan Cepat

Sejak kebelakangan ini ramai sekali mereka yang ingin berjaya dengan cepat di dalam perniagaan. Apabila mereka memulakan perniagaan hari ini maka mereka ingin mengecapi kejayaan yang besar dalam masa 3 bulan atau 6 bulan akan datang.
Mungkin kita terlalu banyak membaca kisah kejayaan orang lain di dalam perniagaan yang mana semuanya menceritakan bagaimana kejayaan mereka di dalam satu malam. Sedangkan orang berjaya tersebut tidak bercerita pula selama mana mereka perlu berusaha dan berusah-payah sebelum berjaya.
Kejayaan akan sentiasa bersama dengan orang yang berusaha via Google Images.
Kejayaan akan sentiasa bersama dengan orang yang berusaha via Google Images.
Saya teringat kata-kata Dato Hishamuddin di dalam satu ceramah keusahawanan beliau.
Saya tidak faham kenapa anak muda sekarang apabila berniaga hendak cepat kaya. Sedangkan Karangkraf mengambil masa puluhan tahun untuk mencapai tahap sekarang!
Dato Hishamuddin, Pengarah Urusan Kumpulan Karangkraf
Jadi usahlah terlalu cepat ingin berjaya di dalam perniagaan khususnya kepada orang muda. Dek kerana nak cepat kaya ini juga banyak orang kita terjebak dengan skim-skim dan pelaburan yang tidak sepatutnya.
Letaklah sasaran yang realistik untuk dicapai. Tanya kepada diri sendiri, dimanakah tahap perniagaan anda setahun akan datang, tiga tahun akan datang, lima tahun akan datang dan seterusnya. Insyallah kerjayaan sentiasa mendampingi mereka yang berusaha.

Rumusan

11 perkara yang saya nukilkan ini adalah berdasarkan pengalaman peribadi saya menempuhi dunia perniagaan selama 6-7 tahun sehingga sekarang. Saya percaya dengan perkongsian sebegini akan dapat memberi semangat dan tauladan buat mereka yang baru memulakan langkah di dalam dunia perniagaan.
Pun begitu, pendapat dan pengalaman saya tidak semestinya praktikal untuk semua situasi perniagaan. Oleh itu, mana-mana yang baik dari artikel ini anda boleh jadikan tauladan dan yang tidak baik itu anda boleh jadikan sebagai sempadan.
Akhir kata, jangan lupa untuk kongsikan entri ini dengan sahabat andai anda agar mereka juga dapat mempelajari sedikit sebanyak pengalaman perniagaan yang mungkin berguna suatu hari nanti.

Copypaste  http://adlymukhtar.com/blog/11-perkara-yang-anda-perlu-tahu-sebelum-memulakan-bisnes-sendiri.html tarikh 23/7/15

Tuesday, August 19, 2014

Soalan: salam ustaz. saya seorang isteri dan telah berhenti kerja setelah melahirkan anak pertama setelah berbincang dan mendapat persetujuan suami. Niat asal saya ingn menyambung masters supaya dapat bertukar kerjaya yang sangat sibuk ketika itu kepada pekerjaan pensyarah setelah smbung balajar. Namun setelah berhenti kerja, suami lebih suka saya menjadi suri rumah dan tidak mengizinkan saya berkerja mahupun sambung belajar. Alhamdulillah keperluan mencukupi walaupun tidak semewah mana dan suami juga lebih tenang pergi bekerja kerana saya sendiri yang mnjaga anak kami. Masalah saya ialah ayah saya sndiri tidak suka saya berhenti kerja. Ayah saya menelefon saya dan bercakap yang kadang-kadang menguris hati saya seperti menyatakan saya seorang yang hidup daif sebab tidak bekerja, saya paling miskin di antara adik-beradik sebab tidak bekerja dan lain-lain. Tidak cukup dengan itu, ayah juga turut membnding-bandingkan saya dengan adik-bradik lain yang semuanya berkerja dan menakut-nakutkan saya sekiranya suami meninggal atau bercerai apa yang akan jadi kepada saya yang tidak berkerja ini. Ayah saya juga menyatakan rezeki anak itu datang dari bekerja. Kalau suami sahaja yang bekerja tapi isteri tidak berkerja, tertutupla rezeki anak dan macam-macam lagi. Setiap kali ayah berkata begitu, saya tidak membalas sebab saya masih perlu menghormatinya sebagai seorang ayah. Suami saya sememangnya tidak membenarkan saya bekerja kerana ingin saya mendidik dan membesarkan sendri anak kami. Apatah lagi sekarag terlalu banyak kes melibatkan penderaan bayi dan kanak-kanak. Saya juga redha dengan keputusan suami dan berusaha untuk menjadi suri rumah terbaik buat keluarga. Tetapi saya rasa amat tertekan dengan ayah yang saban hari memaksa saya bekerja. Ayah memang seorang yang mementingkan wang dan pangkat. Saya harap ustazlove dapat kupaskan isu ini dengan panjang lebar kerana saya percaya ramai isteri yang mengalami dilema yang sama. Pada zaman serba moden ini, surirumah tidak lagi di anggap kerjaya mulia tetapi kerjaya yang membuahkan wang bulanan itu yang sentiasa diagong-agongkan. Bantula saya ustazlove. Bagaimana saya hennak puaskan hati ayah saya pada masa yg sama taat pada suami. -isteri dilema- Jawapan: Dalam apa juga perkara, jika kita terlalu berusaha untuk memuaskan hati orang lain, akhirnya kita akan menjadi hamba kepada orang tersebut. Takut tersilap cakap, kita banyak diam.. takut tersilap tegur, kita mengiakan walaupun salah.. takut hubungan berantakan (cewahh.. dah maju rupanya penulisan Ustaz Love dalam penggunaan bahasa bombastik..kiki), kita banyak mengalah.. akhirnya, apa yang tinggal pada diri sendiri? Makan hati, memendam rasa, tertekan jiwa raga, perasaan rendah diri dan sebagainya yang selayaknya dimiliki oleh seorang hamba abdi. Jika kita meletakkan kepuasan itu dalam mentaati perintah Allah dan RasulNya, maka sekalipun kita menjadi hamba, namun perasaan kita tidak akan sama seperti menjadi hamba manusia.. kerana kita menjadi hamba kepada yang Maha Esa, dan bukannya sesama manusia yang darah pun sama merahnya, dan kentut pun sama busuknya. Begitulah juga dalam menentukan sesuatu pilihan, kita kena jelas yang mana satu patut diutamakan dan yang mana satu patut dikemudiankan. Dalam kes puan ini, Ustaz Love tak nampak di mana silapnya jika puan mengikuti permintaan suami. Cuma yang menjadi masalahnya, kehendak sang ayah yang tak dapat tidak, kena diperhati juga. Banyak jasa dan pengorbanan beliau terhadap anak-anak. Jadi, tak semudah itu untuk menolak keinginan mereka tanpa apa2 justifikasi. Kebanyakan ibu bapa (terutama dari golongan berpendapatan rendah) amat mengharapkan bantuan anak-anak yang telah besar untuk bekerja dan membantu adik-adik yang masih kecil. Ini kerana mereka memikirkan telah banyak masa dan tenaga serta wang dihabiskan untuk membesarkan anak-anak. Jadi, bila anak-anak dah bekerja, tibalah pula masa mereka untuk membalas budi.. janji dicapati.. Sedangkan mereka terlupa bahawa tanggungjawab untuk membesarkan anak-anak itu memang dah menjadi tanggungjawab mereka (ibu bapa). Kalau rasa tak nak bertanggungjawab, adalah lebih baik mereka tak payah beranak atau tak payah kawen.. hidup je membujang sampai ke mati.. tak perlu susah payah nak menuntut jasa daripada anak-anak. Walaupun begitu, di pihak anak-anak, mereka masih lagi perlu berbakti kepada ibu bapa. Banyak kaedah untuk berbakti.. antaranya memudahkan urusan mereka (dengan memberikan wang belanja.. sbb mereka pun dah tua, tak larat nak bekerja), mendoakan kebaikan buat mereka, menghiburkan hati mereka (dan tak serabutkan mereka dengan masalah rumahtangga anak-anak) dan sebagainya. Jika ibu bapa tiada sumber pendapatan, menjadi kewajipan untuk anak-anak membantu mereka sekadar termampu. Itu masuk bab tanggungjawab anak-anak terhadap ibu bapa. Tak perlu sang anak itu nak mengungkit-ungkit dengan alasan seperti ibu bapa mereka tak pernah berjasa membesarkan mereka dan sebagainya. Sebab menunaikan tanggungjawab ini tak tertakluk kepada timbal-balik. Sekalipun ibu bapa tak pernah pelihara anak-anak daripada kecil, anak-anak masih lagi bertanggungjawab untuk menjaga mereka semasa hari tua. Bila seorang anak itu telah berkahwin, anak lelaki masih lagi punya tanggungjawab untuk taat kepada ibu bapanya. Sedangkan bagi anak perempuan, suami itu diletakkan pada tempat pertama dalam bab ketaatan selepas ketaatan kepada Allah dan RasulNya. Oleh kerana umumnya kita mengetahui, betapa susahnya nak memujuk hati orang tua ini, maka Ustaz Love mencadangkan agar puan berbincang elok2 dengan suami tentang perkara ini. Sekalipun permintaan suami untuk puan menjadi surirumah itu tiada salah dan silapnya, namun suami kena bertindak adil dalam hal ini. Ustaz Love tak mengatakan yang membenarkan isteri bekerja itu suatu sikap yang terpuji atau terkeji, tetapi Ustaz Love cuma nak fokus pada perjanjian asal sang suami terhadap sang isteri. Dalam pekerjaan ini, ada 2 tujuan yang biasanya menjadi alasan bagi para wanita untuk bekerja. Yang pertama adalah untuk menambahkan pendapatan keluarga. Yang kedua adalah untuk kepuasan diri. Jika pendapatan suami sudah lebih daripada mencukupi untuk memenuhi keperluan nafkah keluarga, maka secara logiknya, tidak ada sebab seseorang isteri itu untuk keluar bekerja bagi menambahkan pendapatan. Namun, kadang-kadang hati seorang wanita itu meronta-ronta juga bila kepuasan dirinya tidak dapat dipenuhi. Beliau belajar setinggi-tingginya dengan pengorbanan masa, tenaga dan wang ringgit yang tidak terkira banyaknya, sedikit sebanyak ia meremukkan juga hati seorang wanita yang terpaksa menjadi seorang surirumah. Menjadi seorang wanita berkerjaya tidaklah dipandang sebagai suatu kehinaan. Perlu dilihat pada konteks kerjaya yang dipilihnya. Kalau beliau memilih kerjaya sebagai seorang guru, pensyarah, atau ustazah, bukankah ia boleh menjadi suatu amalan yang berterusan walaupun selepas matinya nanti (ilmu yang bermanfaat)? Jika seorang wanita bekerja dan ada pendapatan lalu memberikan sedekah kepada yang memerlukan, bukankah ia juga akan menjadi amalan yg manfaatnya berterusan (sedekah jariah)? Hina atau tidak wanita yg bekerja itu bukanlah pada statusnya sebagai wanita berkerjaya, sebaliknya terletak pada pemilihan kerjaya yg beliau lakukan. Menjadi seorang surirumah juga suatu pekerjaan yang mulia kerana tanggungjawab mendidik anak-anak itu terletak di tangan kedua ibu bapa. Jika bapa sudah pergi bekerja, maka menjadi tanggungjawab ibu untuk mendidik mereka di rumah. Kalau dua-dua bekerja, siapa yang nak jaga mereka? Takkan nak lepaskan tanggungjawab dekat bibik semata-mata? Dalam hal ini, ia memerlukan seorang wanita itu untuk memilih pekerjaan yang tidak mengganggu rutin rumahtangganya (jika beliau memilih untuk bekerja). Jawatan pensyarah itu bagi Ustaz Love, lebih fleksibel masanya dan tidak mengganggu rutin rumahtangga. Lain lah kalau kerja jadi mak guard ke (yg kena bertugas waktu malam), atau kerja kilang yang kena syif 12 jam (akan kurang masa dengan keluarga) dsb. Berbalik pada perjanjian asal tersebut, asalnya sang suami setuju untuk puan berhenti kerja dan bersetuju untuk puan sambung belajar serta bersetuju untuk puan kembali bekerja (dengan jawatan pensyarah). Walaupun ia perjanjian mulut, namun ia masih diiktiraf dalam syarak. Seorang suami, jika berjanji dengan isterinya, wajib menunaikan janji tersebut selagi ia tidak melanggar batasan syarak. Namun, jika selepas perjanjian pertama (isteri berhenti kerja) dilaksanakan, perjanjian kedua dinafikan, pada pandangan Ustaz Love, ia tak lebih sekadar umpan untuk sang isteri berhenti kerja (mungkin sebelum ni tak sanggup nak cakap direct dan mengecilkan hati sang isteri). Sebab itu puan kena tanya terus-terang akan kehendak suami itu pada asalnya. Ustaz Love bukan nak suruh puan bertengkar dengan suami, cuma sekadar meminta penjelasan atas tindakannya. Sebab ia adalah asas kepada masalah yang berangkai ini. Jika suami memang daripada awal berniat supaya puan berhenti kerja dan menjadi surirumah, maka puan kena taat dengan keputusan suami. Soal janjinya pada puan, biarlah dia tanggung sendiri. Yang penting, puan tidak mengurangkan ketaatan dan rasa hormat terhadap suami. Kadang-kadang, kita kena berfikir selangkah ke depan. Zaman sekarang ni, segala2nya memerlukan duit. Nak kencing dalam toilet RnR pun kena melalui tol yang akan mengambil sebahagian duit kita. Apatah lagi nak sambung belajar, nak hantar anak ke nurseri dsb. Jika dalam keadaan ini (puan menjadi surirumah) pun, belanja sekadar cukup-cukup makan, bayangkan kalau puan sambung belajar dan anak dihantar ke nurseri. dah tentu beban suami itu akan bertambah. Orang lelaki ni mementingkan stabiliti. Kalau hidup sekarang ni dah stabil, mungkin suami tu merasakan tiada sebab beliau nak bersusah payah lagi (menambahkan perbelanjaan). Dan pandangan sang ayah itu juga ada benarnya. Memang kebanyakan ibu tunggal yang tidak bekerja (sama ada ditinggalkan suami akibat kematian atau perceraian) akan melalui fasa hidup yang agak susah. Permulaannya, mereka akan menyusahkan ibu bapa mereka (menumpang rumah ibu bapa, tinggalkan anak untuk dijaga oleh mereka, mereka terpaksa keluarkan belanja untuk anak dan cucu-cucu dsb) sebelum dapat mencari pekerjaan dan menstabilkan kehidupan. Ini memang lumrah kehidupan dan kes-kes seperti ini biasa kita baca dan dengar daripada pelbagai sumber. Sama ada sang ayah itu tidak sanggup nak membantu (jika ditakdirkan ia berlaku) atau sekadar memberikan peringatan, kedua-dua alasan ini mempunyai justifikasi tersendiri. Kita tak boleh nak menyangka atau mengganggap ayah itu mata duitan, mementingkan pangkat dsb (sekalipun kita yakin dan pasti 100%), sebab kita tidak mampu nak membaca apa yang ada dalam hatinya. Mungkin juga beliau punya pengalaman menempuh hidup yang susah dalam keadaan terhina dan dihina, ataupun ada kawan-kawannya yang mengalami nasib seperti itu, maka beliau tidak sanggup melihat anak kesayangannya menerima nasib yang sama. Apatah lagi selepas beliau berusaha dan berkorban memberikan pendidikan yang terbaik buat anak-anaknya. Cuma bab suami bekerja, isteri tak bekerja, anak tertutup rezeki, itu tak betul. Rezeki bukan ditentukan oleh ibu, ayah ataupun kerajaan. Rezeki itu Allah yang tentukan. Apa yang penting, carilah jalan penyelesaian. Jangan mencari alasan. Sebab kebiasaannya kita akan menggunakan orang lain sebagai alasan atas masalah kita, sedangkan kita selalunya tak sedar yang masalah itu berpunca daripada diri kita sendiri. Puan berbincanglah dengan suami. Selepas itu buatlah perbincangan keluarga dengan kehadiran ayah dan mereka-mereka yang sepatutnya terlibat. Tak ada masalah yang tidak dapat diselesaikan dan yang penting, kita kena bertindak dan bukan sekadar menunggu ilham penyelesaian turun dari langit. Kawal tekanan dengan mendekatkan diri dengan Allah. Banyakkan berzikir dan membaca al-Quran. Bangun malam untuk solat tahajjud dan solat hajat. Buat solat istikharah memohon petunjuk jalan mana yang patut dipilih. Berdoalah bersungguh-sungguh kepada Allah semoga masalah ini dapat diselesaikan dengan jalan yang terbaik dan tidak memberi mudarat kepada mana-mana pihak. Sumber: http://www.ustazlove.com/

Tuesday, August 9, 2011

Penyiksaan para sahabat berterusan

Penyiksaan para sahabat berterusan

Susunan SITI AINIZA KAMSARI

Tidak salah berbaik-baik dengan Yahudi tetapi dengan berhati-hati kerana Rasulullah sendiri pernah terkena dengan kelicikan kaum ini. - Gambar hiasan

--------------------------------------------------------------------------------

DALAM peristiwa Ar Raji ini, turut menyaksikan tidak sahaja Zaid bin Datsinah yang terkorban dan syahid, malah seorang lagi rakannya, Khubaib bin Adi yang ditawan musuh turut syahid.

Apa yang dilalui oleh Khubaib sebelum dibunuh ditangan orang Quraisy adalah lebih teruk daripada apa yang dialami oleh Zaid.

Sebelum beliau dibunuh, dikatakan Khubaib telah diseksa dengan begitu kejam ketika ditawan dan ditahan oleh Al Harits bin Amir bagi membalas dendam atas kematian Uqbah bin Al Harits di Perang Badar dahulu.

Begitu teruk sekali Khubaib diseksa sehingga pada suatu hari beliau berkata kepada orang yang menyeksanya itu; "Orang yang terhormat tidak akan bertindak sebegini kejam terhadap orang yang ditawannya, apa tah lagi tawanannya itu bakal dibunuh tidak lama lagi."

Kata-kata Khubaib telah berjaya membuatkan orang yang menyeksanya itu terdiam dan berhenti daripada menzaliminya.

Malah mereka mula melayan Khubaib dengan penuh hormat kerana selama ditawan itu Khubaib tidak pernah melawan, apatah lagi memaki hamun atas segala layanan buruk dan penyeksaan yang dilakukan terhadapnya.

Sehinggalah pada hari yang ditetapkan hukuman mati yang akan dijatuhkan ke atasnya, lalu Khubaib pun dibawa keluar dari Kota Mekah dengan hampir kesemua para pembesar Quraisy dan penduduk Mekah turut mengiringi Khubaib bagi menyaksikan perlaksanaan hukuman tersebut.

Tetapi sebelum hukuman bunuh itu dijalankan, Khubaib meminta untuk mendirikan solat sebagai permintaan beliau yang terakhir sebelum dibunuh.

"Tinggalkan saya sebentar kerana saya hendak mengerjakan solat sebelum hukuman dijalankan," kata Khubaib.

Semua yang hadir memenuhi permintaan Khubaib itu dan mereka meninggalkannya sendirian. Selepas selesai Khubaib mengerjakan solat dua rakaat itu, maka persiapan pun dilakukan untuk menyalib Khubaib sebagai hukuman mati yang bakal meragut nyawanya.

(Sesetengah riwayat mengatakan Khubaib mati di tali gantung)

Khubaib pun berkata; "Demi Allah, sekiranya tidak kerana aku bimbang, kamu akan menyangka aku sengaja melengah-lengahkan solat kerana takut mati dibunuh, nescaya aku menambah dan memperbanyakkan solatku ini."

Lalu dengan air mata yang berlinangan di pipinya, sebelum hukuman dijalankan ke atasnya Khubaib sempat berdoa; "Ya Allah, hitunglah bilangan mereka yang hadir pada hari ini bagi menyaksikan kematianku ini, bunuhlah kesemua mereka ini, jangan Engkau tinggalkan seorang pun daripada mereka ini hidup!

"Ya Allah, Ya Tuhanku, sampaikanlah berita mengenai kami ini kepada Rasul Engkau, Muhammad kerana tiada beliau mengetahui akan nasib menimpa kami sehingga Engkau Ya Allah menyampaikannya."

Malah dikatakan juga Khubaib sempat bersyair, iaitu antara bait-bait dalam syairnya itu;

Bergenang air mataku tiada mencurah,

Tiada peduli andaiku dibunuh sebagai muslim,

Di sebelah mana jua tubuhku terbaring,

Semua itu di sisi Allah jika Dia mahu,

Diberkatinya semua sendi daging yang bakal hancur remuk ini...

Sesudah itu, Khubaib pun dibunuh oleh orang upahan Quraisy di tengah-tengah kawasan lapang di luar Kota Mekah yang ditonton oleh orang ramai itu.

Maka seorang lagi mati syahid kerana iman yang kental mempertahankan agama Allah tanpa mudah menyerah kalah dengan segala macam tawaran dan umpan.

Menurut cerita, Allah menurunkan juga wahyu, ayat al-Quran yang berkaitan dengan peristiwa pembunuh Zaid bin Datsinah dan Khubaib bin Adi ini.

Firman-Nya yang bermaksud: Dan antara sebahagian manusia, ada yang mengorbankan dirinya kerana mencari keredaan Allah dan Allah Maha Penyantun kepada hamba-hamba-NYA. (al-Baqarah: 207).

Sebelum ini, sebelum tewas terkena anak panah daripada pihak musuh, Ashim bin Tsabit yang mengetuai misi dakwah enam sahabat ini, sempat juga melaungkan sebuah syair dengan semangat berapi-api, iaitu;

Mati itu hak dan hidup itu adalah mati. Tiap-tiap sesuatu yang sudah diputuskan oleh Allah, tentu akan datang kepada seseorang dan orang itu pasti akan kembali juga kepada-NYA...

utusan 10/08/2011

Wednesday, August 3, 2011

Hayati madrasah Ramadan

Hayati madrasah Ramadan

Oleh NAJAHUDIN LATEH

RAMADAN kembali lagi. Seperti nikmat Allah SWT yang tidak pernah berkurang, begitulah Ramadan yang sentiasa dilimpahi rahmat kepada mereka yang mencarinya. Sabda Rasulullah SAW: Apabila tiba Ramadan, pintu-pintu rahmat akan dibuka (riwayat Muslim).

Kehadiran bulan ini sentiasa dinanti-nantikan oleh jiwa-jiwa beriman yang kasih dan mengharapkan pengampunan Allah.

Firman-Nya: Wahai orang-orang yang beriman, kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa. (al-Baqarah: 183).

Objektif akhir insan yang berpuasa adalah untuk mencapai tahap ketakwaan dan keredaan Allah.

Untuk mencapai tahap takwa ini, kita akan berhadapan dengan pelbagai tugasan, peraturan dan ujikaji sikap sepanjang sebulan ini.

Justeru, sekolah atau madrasah Ramadan perlulah dihayati dan dipenuhi dengan pelbagai amanah kerja yang diminta oleh Allah dan diajar oleh Rasulullah. Tanpa pendaftaran atau yuran, bulan tarbiyah dan pendidikan ini menjanjikan kelebihan dan kemenangan kepada hamba-Nya yang bertakwa. Benarlah janji Allah: Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa mendapat kemenangan. (al-Naba': 31).

Takwa secara ringkas maksudnya melakukan suruhan Allah dan meninggalkan larangan-Nya.

Maksud ini dilaksanakan melalui arahan berpuasa yang hakikatnya bukanlah setakat menahan diri daripada makan minum.

Namun lebih besar lagi adalah meninggalkan segala larangan seperti menipu, mengumpat, bertelingkah, boros berbelanja, membazir, makan harta riba, berjudi dan sebagainya.

Madrasah Ramadan juga mengajar kita supaya sentiasa melakukan kebaikan kerana pahalanya adalah berlipat kali ganda. Oleh itu, amalan tadarus al-Quran, qiamullail, solat berjemaah, tarawih, tazkirah, bersedekah, memberi makan orang yang berpuasa, memberi makan anak yatim dan sebagainya hendaklah menjadi agenda kita sehari-harian dalam bulan berkat ini.

Mereka yang menghidupkan amalan Ramadan dijanjikan dengan rahmat tanpa batasan dan diluaskan pintu keampunan. Sabda Rasulullah: Sesiapa yang mendirikan (menghidupkan) Ramadan dengan keimanan dan mengharap (keampunan), maka akan diampunkan dosanya yang telah lalu. (riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Walaupun pelbagai ganjaran yang boleh direbut dalam Ramadan, namun terdapat di kalangan umat Islam di negara kita yang telah mengkurus-keringkan pahala mereka.

Ini akibat daripada salah faham dan kesilapan tradisi dalam melakukan ibadah puasa Ramadan.

Perkara berkaitan salah faham dan kesilapan yang disebutkan dalam rencana ini hanyalah beberapa peringatan kepada kita untuk memastikan ibadat puasa kita diterima sepenuhnya oleh Allah. Kadang-kadang, kita lebih mementingkan perkara-perkara kecil, sedangkan perkara yang lebih besar tidak diberi perhatian.

Contohnya, wujud tradisi dalam masyarakat kita yang terikut-ikut budaya bergaduh atau bertengkar mengenai jumlah rakaat dalam solat Terawih.

Hakikatnya, solat tersebut adalah sunat bukannya wajib. Kedua-duanya adalah sunnah Nabi dan juga para Khulafa' al-Rasyidin yang dimulakan oleh Umar al-Khattab.

Sepatutnya, perkara ini tidak menjadi isu. Malah, jangan terkejut khalifah Umar Abdul Azi pernah menguatkuasakan solat Terawih sebanyak 36 rakaat dan tiga kali witir.

Apa yang penting adalah amalan tersebut disertai dengan niat yang ikhlas. Dua rakaat yang ikhlas lebih mulia daripada 100 rakaat yang ujub. Pertelingkahan dalam perkara-perkara kecil dan sunat hendaklah dielakkan demi menjaga silaturahim sesama Muslim.

Justeru, sepanjang madrasah Ramadan ini kita hendaklah mengawasi pancaindera dengan melakukan perkara-perkara berikut bagi memenuhi tuntutan sebenar ibadat puasa;

n Menjaga lidah daripada bercakap kosong, mengumpat, memburuk-burukkan orang lain dan sebaiknya hendaklah dibasahi dengan berzikir atau bertadarus al-Quran;

n Menjaga mata daripada melihat perkara yang diharam dan melalaikan kita daripada mengingati Allah SWT;

n Menjaga telinga daripada mendengar lagu-lagu dan perbualan yang tidak berfaedah dan sebaiknya digunakan untuk mendengar bacaan al-Quran.

n Menjaga anggota-anggota tubuh lain seperti perut, kaki, tangan dan sebagainya. Perut semasa bersahur dan berbuka puasa hendaklah diisi dengan makan halal, baik dan mengikut sunnah. Kaki dan tangan hendaklah digunakan untuk berzikir, solat, dan melangkah ke surau atau masjid.

Dengan pengawasan dan amalan baik, insya-Allah Ramadan tahun ini adalah yang terbaik untuk kita sebelum dijemput ke alam barzakh. Alangkah indahnya jika kita berjaya menghabiskan tempoh latihan di madrasah Ramadan ini dengan memperoleh ijazah takwa yang dijanjikan itu.

Beruntunglah kita di dunia dan berbahagialah kita di akhirat. Ingatlah perkhabaran Rasulullah: Orang berpuasa memiliki dua kegembiraan yang dia bergembira dengannya, iaitu kegembiraan apabila berbuka, dan apabila bertemu Tuhannya dia bergembira dengan puasanya. (riwayat al-Bukhari).

Utusan Malaysia 04/08/2011

Wednesday, June 22, 2011

ciri wanita idaman lelaki

Wahai wanita, sesungguhnya kejadianmu terlalu unik,tercipta dari tulang rusuk. Adam yang bengkok menghiasi taman-taman indah lantas menjadi perhatian sang kumbang, kau umpama sekuntum bunga, harum aromamu menarik sang kumbang untuk mendekatimu. Namun, bukan semua bunga mampu menarik kumbang jika terdapat cacat cela. Antara ciri wanita idaman lelaki adalah :

1. Berpegang Kepada Agama

Wanita yang berpegang kepada agama mempunyai keperibadian yang unggul. Batas-batas syariat yang dipegang dan terpelihara dalam hidupnya mengangkat martabat dirinya sebagai seorang yang layak dikagumi oleh lelaki. Dia tidak akan melakukan sesuatu yang bertentangan dengan syariah Islam. Memang beruntung mana-mana lelaki yang beristeri dengan wanita sebegini.

2. Kecantikan Dalaman

Wanita yang tulen adalah lemah lembut dalam perwatakannya tetapi mempunyai prinsip dalam hidup. Inilah kecantikan dalaman yang dicari oleh ramai lelaki. Kalau cantik, tu dikira sebagai BONUS.

Wanita yang mempunyai kecantikan dalaman tidak akan sesekali menjual maruah dirinya hanya untuk mencari nama dan wang. Mereka tidak akan sesekali tunduk pada nafsu atau berbuat sesuatu semata-mata kerana mahukan harta dan kekayaan.

3. Manja

Lelaki suka wanita yang keanak-anakan atau yang ada sifat manja, supaya lelaki boleh memainkan peranan sebagai pelindung. Namun begitu, sifat manja dan keanak-anakan yang melampau tidak sesuai kerana ia akan menampakkan wanita itu seperti kurang matang.

4. Pandai Menjaga Kecantikan

Lelaki menginginkan wanita yang pandai menjaga kecantikan dirinya. Wanita dan kecantikan memang susah nak dipisahkan. Mereka akan kelihatan bertambah cantik jika bijak menguruskan penampilan diri. Lelaki secara fitrahnya memang mahukan wanita yang pandai menjaga kecantikan, kerana ia akan membuat mereka bangga.

5. Berakhlak Mulia

Wanita yang berakhlak mulia dikenali juga sebagai wanita solehah. Wanita adalah hiasan dunia, tetapi seindah hiasan adalah wanita solehah. Merekalah ibu, isteri, kekasih dan merupakan tunjang kejayaan suami.

6. Tidak Mempamer Keseksian

Lelaki suka menjamu mata dengan melihat aurat wanita, namun tidak suka menjadikanya isteri kerana keindahan diri wanita tu seolah-olah menjadi barang pameran untuk mata semua lelaki.

7. Tidak Cerewet

Lelaki suka pada wanita yang tidak cerewet. Mengapa pula? Sebab wanita yang cerewet boleh merimaskan dan mudah menyebabkan lelaki merasa jemu dengannya. Biasanya, wanita yang cerewet suka mengkritik apa saja yang tidak disenanginya walaupun perkara itu hanyalah perkara kecil.

8. Memahami Lelaki

Wanita yang memahami hati lelaki biasanya mempunyai intuisi yang cukup kuat. Lelaki mengimpikan wanita yang mampu memahami situasinya dalam keadaan suka dan duka. Pendek kata, tanpa perlu bersuara, dia itu sudah dapat membaca riak wajah suaminya. Lantas, bertindak menghiburkan atau memberi kekuatan.

9. Sejuk Mata Memandang

Wanita yang manis wajahnya dan sejuk dipandang mata akan mendamaikan perasaan seorang lelaki. Ciri-ciri Wanita Sejuk Mata Memandang seperti di bawa ini:

.:: – Bersopan satun

.:: – Senantiasa memaniskan wajah

.:: – Senantiasa memberikan senyuman ikhlas

.:: – Menutup aurat

.:: – Ramah dan mesra

.:: – Tidak terlalu cemburu

.:: – Menghormati orang lain

.

Inilah 9 ciri-ciri wanita yang menjadi idaman lelaki.

Jadikan tips yang terakhir ini sebagai rutin harian dalam hidup. Sebelum tidur, cuba menilai atau memuhasabah diri kita kembali. Cuba lihat di mana kelebihan dan kekurangan diri kita serta apa yang telah kita capai pada hari ini. Andai kita mampu mengatasi kelemahan diri sendiri, teruskan memperbaikinya dengan secara beransuran dan fahami bahawa kelemahan itu wujud supaya kita tahu apa kekuatan diri kita. Sepertimana Dr Fadhillah Kamsah mendidik jiwa kita agar senantiasa mengamalkan sifat saling memaafi antara satu sama lain pada setiap malam sebelum melelapkan mata dan menikmati alam keindahan bermimpi.

Lantas, gunakan kelebihan dan kekuatan yang ada untuk mencipta kecemerlangan dalam diri untuk kebaikan bersama. Ingatlah bahawa setiap keindahan dan kesempurnaan itu hanya milik sang penakluk jiwa para hamba-hamba-NYA, yakni sang KHALIQ yang Maha Pencipta. Manakala pada kecacatan, keburukan dan kelemahan adalah ciptaan manusia itu sendiri

Sumber: 9 Ciri - Ciri Wanita Idaman Lelaki | Paradigma MUKMIN http://akuislam.com/blog/renungan/9-ciri-ciri-wanita-idaman-lelaki/#ixzz1Q3qVXpQM

Friday, March 4, 2011

Alhamdulilah

Alhamdulilah

Suka duka dan kebahgiaan yang telah kita kongsi bersama membuatkan diri ini makin tunduk kepada mu yaa rabbi..kepada isteriku maria azliza binti ab rahman terima kasih kerana membuatkan hubungan bertambah manis dari hari ke sehari...

Ya Allah ...
Ya Tuhan kami
Ampunilah dosa ku yang telah aku lakukan
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas

Ya Allah...Ya Rahman Ya Rahim..
Sekiranya isteri ku ini adalah pilihan Mu di atas Arsy
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya isteri ku ini adalah bidadari untuk ku di Syurga Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat kesabaran dan kelembutan untuk menghadapi dirinya
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya

Sekiranya... Isteri ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu
Maka berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala tingkah lakunya

Ya Allah...Tuhan Yang Maha Mengetahui Segala Sesuatu..
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kekhilafan dan segala dosa yang sudah aku lakukan
Sekiranya aku tersilap membuat keputusan..
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai suami..
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu
Sekiranya aku ingkar dan durhaka berikanlah aku petunjuk kearah rahmat Mu

Ya Allah sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu..
Aku buta tanpa bimbinganMu. .
Aku cacat tanpa hidayahMu..
Aku hina tanpa RahmatMu..

Ya Allah.. Ya Muqallibal Qulub
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku suami yang di sayangi isteri
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi suami yang terbaik bagi dirinya
Hanya padaMu Ya Allah ku mohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan segala keputusanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang sering keliru
Kerana aku sering lupa dengan keindahan dunia ini
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi ujia dariMu

Ya Allah .. Sesungguhnya diriku ini Hanyalah HambaMu yang Lemah dan Fakir
Limpahkan lah rumah tanggaku dengan penuh mawaddah
Jadikanlah rumah tanggaku sebagai rumah tangga yang sakinah
Aku memohon ampun kepadaMu Ya Allah , atas segala Dosa-dosa yang telah aku lakukan

Amin, amin Ya Rabbal Allamin

Sunday, May 23, 2010

Teori akad dalam kehidupan

Teori akad dalam kehidupan

Oleh WAN JEMIZAN WAN DERAMAN
utusan malaysia 24/5/10

AKAD atau kontrak berasal dari bahasa Arab yang bermaksud ikatan atau simpulan sama ada yang dapat dilihat (hissiy) mahupun yang tidak dapat dilihat (ma'nawiy).

Daripada segi istilah, akad bermaksud suatu kesepakatan atau komitmen bersama, sama ada secara lisan, isyarat, ataupun tulisan antara dua pihak atau lebih. Ia memiliki implikasi hukum yang mengikat untuk melaksanakannya (rujuk Muhammad Salam Madkur (1963), al-Madkhal al-fiqh al -Islamiyy, Dar al-Nahdah al- 'Arabiyyah, hlm. 506).

Berdasarkan definisi tersebut, dapat difahami akad adalah perjanjian dan persefahaman yang mengikat pihak yang berakad untuk menunaikan tanggungjawab masing-masing selagi belum menamatkan akad tersebut.

Akad juga boleh difahami sebagai pertalian antara ijab (tawaran) dan qabul (penerimaan) yang menimbulkan pengaruh dan kesan kepada subjek terlibat.

Pertalian ijab dan qabul ini mengikat pihak-pihak yang berakad untuk menunaikan kewajipan sebagaimana yang disepakati bersama.

Para ulama berbeza pandangan berkenaan dengan definisi antara akad dan wa'ad (janji). Namun, kebanyakan mereka menyatakan bahawa akad dan wa'ad berbeza.

Dalam akad, segala terma ditentukan secara spesifik sebelum akad itu dimeterai. Wa'ad adalah janji antara satu pihak dengan pihak yang lain.

Pihak yang memberi janji bertanggungjawab melaksanakan janjinya sedangkan pihak yang kedua tidak memikul apa-apa kewajipan terhadapnya.

Dalam berurusan sesama manusia, masyarakat perlu memahami konsep akad dalam Islam agar semua urusan yang dilakukannya menepati garis panduan yang ditetapkan oleh Islam.

Sekali gus, kefahaman yang diseiringkan pula dengan kepatuhan terhadap rukun-rukun dan syarat-syarat akan menyebabkan semua hak mereka yang terlibat dalam akad dapat dipelihara.

Kedudukan akad sangat penting untuk membezakan sama ada sesuatu urusan atau urusniaga itu sah atau tidak mengikut syarak. Justeru, penggunaan akad yang tepat untuk melakukan sesuatu urusan perlu diambil berat oleh setiap individu.

Sekiranya akad tersebut sah, maka ia akan mewujudkan tanggungjawab dan hak di kalangan pihak-pihak yang berakad. Sebagai contoh, sekiranya seseorang itu menyerahkan sejumlah wang dengan menggunakan akad bai' (jual beli), maka hendaklah orang yang menerima wang tersebut menggantikannya dengan barang yang diminta oleh pembeli.

Jika individu tersebut menyerahkan duitnya dengan menggunakan kontrak tabarru', maka ia tidak memerlukan sebarang penggantian dan pertukaran dalam bentuk barangan atau perkhidmatan. Ia adalah percuma dan diberikan mungkin disebabkan derma, wakaf, sedekah, hadiah dan sebagainya.

Jika ia menyerahkan duit dengan menggunakan kontrak qard (pinjaman), maka si penerima perlu membayar balik jumlah duit yang diterimanya tanpa melebihi kadar yang disumbangkan. Kita dapat lihat melalui contoh-contoh tersebut perbezaan yang ketara di antara kontrak-kontrak yang dilaksanakan.

Kontrak-kontrak dalam Islam mengandungi rukun dan syarat yang perlu dipatuhi. Kegagalan memenuhi segala rukun dan syarat tersebut akan memberi kesan buruk kepada akad. Jika akad tersebut tidak sah, maka segala yang berkaitan dengannya juga tidak sah.

Sebagai contoh, sekiranya seorang yang kurang siuman mendermakan sejumlah wang, maka derma tersebut tidak sah kerana syarat orang yang memberikan sumbangan adalah daripada orang baligh dan berakal.

Akad hanya boleh terbentuk sekiranya cukup rukun-rukun yang telah ditetapkan oleh Islam. Menurut majoriti ulama, akad terbentuk melalui tiga rukun iaitu:

l Al-'aqidain: Dua pihak yang berakad. Iaitu semua pihak yang terlibat secara langsung dengan akad seperti penjual dan pembeli dalam akad bai' (jual beli) serta penyumbang modal dan pekerja dalam akad mudharabah.

l Mahallul aqd: Subjek akad iaitu sesuatu yang hendak diakadkan seperti kereta dalam akad sewa dan beli (Aitab) atau rumah dalam akad Bai' Bithaman Ajil (BBA)

l Sighah: iaitu ijab (tawaran) dan qabul (penerimaan). Ia dilafazkan secara lisan atau bertulis oleh mereka yang berakad. (rujuk Wahbah Az-Zuhaili. 1989, al-Fiqh al-Islami wa Adillatuhu,. Damaskus: Dar al-Fikr. IV: 92).

Para ulama fikah dalam Mazhab Hanafi berbeza pandangan dengan majoriti ulama. Bagi mereka, rukun akad hanya satu sahaja iaitu sighah (ijab dan qabul). Al-aqidain dan mahallul aqd adalah syarat akad kerana ia bersifat dalaman (dakhiliy) dan teknikal.

Pandangan ini didasari oleh kefahaman mereka bahawa rukun adalah sesuatu yang tunjang dan menjadi faktor utama terjadinya sesuatu akad